PERBINCANGAN KAJIAN PENULISAN BUKU SEJARAH JKSM

16 JUN 2022 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan perbincangan kajian penulisan Buku Sejarah JKSM bertempat di bilik mesyuarat BPKR.

Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Ahli jawatankuasa yang hadir antaranya Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah BPKR, Tuan Mohd Amiruddin bin Hamzah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia (BKPSM), Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) dan ahli-ahli lain yang dilantik.

Cadangan berkaitan kandungan buku sejarah JKSM telah disampaikan oleh Dr Hasanuddin bin Mohd Yusof yang telah dilantik secara rasmi oleh Jabatan sebagai penulis buku sejarah JKSM pada 28 April 2022.

Perbincangan ini diadakan secara berkala setiap bulan bagi memantau isi kandungan buku sejarah JKSM sebelum dicetak untuk sambutan 25 tahun JKSM pada tahun hadapan. Semoga buku ini dapat menjadi rujukan bagi sejarah penubuhan JKSM dan latarbelakang perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Last Updated on June 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor