PERBINCANGAN MEJA BULAT (RTD): PELAKSANAAN KONSEP PAMPASAN DALAM PERUNDANGAN MALAYSIA

12 Ogos 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan Kerjasama IKIM dan JAKIM telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD): Pelaksanaan Konsep Pampasan Dalam Perundangan Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM yang telah di pengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Idris bin Hj. Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

RTD ini turut disertai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd NaΓ­m bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, para profesor, ilmuwan dan pegawai-pegawai kanan Jabatan. Sebagai pembukaan perbincangan, Perbincangan Meja Bulat ini telah dibentangkan Cadangan Pelaksanaan Diyat (Pampasan Islam) Dalam Perundangan Malaysia oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah binti Ismail dari Universiti Malaya.

YB Menteri dalam ucapan beliau berharap agar konsep diyat boleh diusulkan dan dijadikan sebagai hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori. Ia jelasnya merupakan satu konsep yang praktikal dan syumul kerana meliputi aspek restoratif ke atas pihak-pihak yang terkesan dengan sesuatu perbuatan jenayah.

Antara cadangan yang diterima daripada RTD ini adalah seperti Konsep pampasan perlu diperkemaskan dari sudut istilah, konsep, falsafah, justifikasi, fungsi dan tatacara, Mengenal pasti bentuk usul pindaan undang-undang secara menyeluruh, Satu mekanisme dan prosedur proses perlu diperincikan, Nilai kadar perlu disemak mengikut kajian semasa di negara-negara lain, Diyat bukan semata-mata pampasan dan hikmahnya adalah untuk memulihkan hubungan antara manusia dan lain-lain lagi.

Untuk rekod, Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara. Ekoran pengumuman tersebut telah menimbulkan pebagai perbincangan ramai pihak termasuk dikalangan ahli akademik antaranya cadangan supaya hukuman bayaran pampasan (diyat).

Last Updated on August 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024