PERBINCANGAN MEJA BULAT (RTD): PELAKSANAAN KONSEP PAMPASAN DALAM PERUNDANGAN MALAYSIA

12 Ogos 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan Kerjasama IKIM dan JAKIM telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD): Pelaksanaan Konsep Pampasan Dalam Perundangan Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM yang telah di pengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Idris bin Hj. Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

RTD ini turut disertai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, para profesor, ilmuwan dan pegawai-pegawai kanan Jabatan. Sebagai pembukaan perbincangan, Perbincangan Meja Bulat ini telah dibentangkan Cadangan Pelaksanaan Diyat (Pampasan Islam) Dalam Perundangan Malaysia oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah binti Ismail dari Universiti Malaya.

YB Menteri dalam ucapan beliau berharap agar konsep diyat boleh diusulkan dan dijadikan sebagai hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori. Ia jelasnya merupakan satu konsep yang praktikal dan syumul kerana meliputi aspek restoratif ke atas pihak-pihak yang terkesan dengan sesuatu perbuatan jenayah.

Antara cadangan yang diterima daripada RTD ini adalah seperti Konsep pampasan perlu diperkemaskan dari sudut istilah, konsep, falsafah, justifikasi, fungsi dan tatacara, Mengenal pasti bentuk usul pindaan undang-undang secara menyeluruh, Satu mekanisme dan prosedur proses perlu diperincikan, Nilai kadar perlu disemak mengikut kajian semasa di negara-negara lain, Diyat bukan semata-mata pampasan dan hikmahnya adalah untuk memulihkan hubungan antara manusia dan lain-lain lagi.

Untuk rekod, Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara. Ekoran pengumuman tersebut telah menimbulkan pebagai perbincangan ramai pihak termasuk dikalangan ahli akademik antaranya cadangan supaya hukuman bayaran pampasan (diyat).

Last Updated on August 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 25, 2024 November 26, 2024 November 27, 2024 November 28, 2024 November 29, 2024 November 30, 2024 December 1, 2024
December 2, 2024 December 3, 2024 December 4, 2024 December 5, 2024 December 6, 2024 December 7, 2024 December 8, 2024
December 9, 2024 December 10, 2024 December 11, 2024 December 12, 2024 December 13, 2024 December 14, 2024 December 15, 2024
December 16, 2024 December 17, 2024 December 18, 2024 December 19, 2024 December 20, 2024 December 21, 2024 December 22, 2024
December 23, 2024 December 24, 2024 December 25, 2024 December 26, 2024 December 27, 2024 December 28, 2024 December 29, 2024
December 30, 2024 December 31, 2024 January 1, 2025 January 2, 2025 January 3, 2025 January 4, 2025 January 5, 2025