PERBINCANGAN PENGURUSAN PERUBAHAN PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3

13 April 2022 | Satu sesi taklimat dan perbincangan berkaitan Pelan Pengurusan Perubahan Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 telah diadakan hari ini secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet.

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Subramani A/L Nagaiah, Pakar ICT daripada MAMPU bertujuan memberikan penerangan lanjut berkaitan Pengurusan Perubahan di dalam projek ICT terutama skop pengurusan perubahan yang digariskan mengikut Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA).

Pelan tersebut amat penting bagi memastikan kesinambungan projek Sistem e-Syariah dikembangkan pada masa akan datang dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Turut hadir di dalam sesi tersebut adalah Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua Unit JKSM, Pasukan Subject Matter Expert (SME) JKSN/MSN dan Pasukan Projek eSV3.

Last Updated on April 13, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024