PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA DUTA REPUBLIK ISLAM AFGHANISTAN

15 Ogos 2022: Susulan daripada kunjung hormat yang diadakan 05 Mac tahun lepas, YAA Dato Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput sekali lagi untuk hadir dalam pertemuan dan perbincangan bersama Duta Afghanistan Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Moheb Rahman Spinghar di Kedutaan Afghanistan, Kuala Lumpur.

Pertemuan ini bagi membincangkan status program kerjasama dan MOU yang sedang dalam tindakan Mahkamah Agong Afghanistan bagi merencanakan satu program latihan kehakiman bersama di antara dua (2) buah negara ini.

Terdahulu TYT Duta dalam ucapan aluannya memberikan sedikit gambaran tentang situasi pentadbiran negara, politik serta polisi negara yang berubah dengan pemerintahan baharu daripada pihak Taliban.

Justeru, TYT Duta mengharapkan bantuan daripada Malaysia untuk membangunkan semula negara Afghanistan selepas Negara US menghentikan saluran dana selepas pemerintahan baharu ini, termasuklah dalam membangunkan sistem kehakiman apabila kebanyakan Hakim-Hakim Mahkamah baharu telah dilantik. Sementelah itu, draf MOU bersama JKSM sedang dalam penambahbaikan oleh Mahkamah Agong Afghanistan sebelum ia diberikan semula kepada pihak JKSM untuk kelulusan.

Manakala YAA Dato Setia Dr. dalam ucapan balasnya menyatakan sokongan kepada TYT Duta bahawa JKSM sentiasa komited untuk berkongsi dengan negara-negara luar, bahkan bersedia menjadi rujukan dalam membangunkan serta menambahbaik sistem kehakiman syariah di negara Afghanistan khususnya.

Pertemuan yang berlangsung selama 45 minit tersebut mengerat dan memperkukuhkan lagi hubungan sekaligus memartabatkan institusi perundangan Islam antara kedua-dua negara.

Last Updated on August 18, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 29, 2024(1 event) January 30, 2024 January 31, 2024 February 1, 2024 February 2, 2024 February 3, 2024 February 4, 2024
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024
February 12, 2024 February 13, 2024(1 event) February 14, 2024 February 15, 2024(1 event) February 16, 2024(1 event) February 17, 2024 February 18, 2024
February 19, 2024(1 event) February 20, 2024 February 21, 2024 February 22, 2024 February 23, 2024(1 event) February 24, 2024 February 25, 2024
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024