PERSIDANGAN KES RAYUAN SYARIAH KALI KEDUA DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

24 Januari 2022 | YAA Dato Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mempengerusikan persidangan kes rayuan syariah kali kedua di aras 4, bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang akan beroperasi sepenuhnya pada bulan hadapan.

Persidangan kes rayuan syariah kali ini merupakan pendengaran semula bagi mendengar kes rayuan hadhanah, 2 kes permohonan lanjut tempoh masa kebenaran memfailkan semakan dan permohonan penarikan semula kes rayuan.

Turut hadir sebagai panel rayuan untuk sidang kes hari ini ialah YA Dato’ Hj Mohd Amran bin Mat Zain Hakim kanan Rayuan Syariah JKSM dan YA Datuk Jasri @Nasip bin Mat Jakir, Hakim Rayuan Syariah JKSM.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024