PERSIDANGAN KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-73 BIL. 2 TAHUN 2022

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-77 Bil. 3 Tahun 2022 bertempat di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur pada 26-27 Oktober 2022.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM dan dihadiri oleh Ketua-ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah (JKSN) dan Mahkamah Syariah Negeri (MSN) seluruh Malaysia, Pengarah-pengarah Kanan dan beberapa orang Pengarah Bahagian JKSM yang terlibat.

Persidangan pada kali ini telah diadakan berturutan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia pada 25-26 Oktober 2022 dan juga Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSSM) Kali Ke-18 Tahun 2022 yang akan diadakan pada 27-29 Oktober 2022.

Pada persidangan kali ini telah membincangkan Minit Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-77 Bil. 1 Tahun 2022 dan juga Minit Khas sempena Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-77 Bil. 2 Tahun 2022. Sebanyak tiga kertas pembentangan telah dibentangkan dalam persidangan ini, iaitu:

1) Kertas Makluman Pelaksanaan Go Live Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 di MSWP dan JAKESS

2) Kertas Cadangan Penyelarasan Penggunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA sebagai system Pengurusan Perpustakaan (Library Management System) Pusat Sumber JKSM/ JKSN/ MSN

3) Kertas makluman Penganjuran Sukan Mahkamah Syariah SeMalaysia (SMS) Kali Ke-5

Semoga Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia pada kali ini menjadi medium dan platform perbincangan dan percambahan idea ke arah keselarasan dan penyeragaman institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Last Updated on October 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024