PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-75 BILANGAN 3 TAHUN 2020

3 Oktober 2020: YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mempengerusikan Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-75 Bil. 3/2020 bertempat di Hotel Jen Puteri Harbour, Johor Darul Takzim.

Persidangan yang menghimpunkan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua-Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) dan Mahkamah Syariah Negeri (MSN) di seluruh negara bertujuan membincangkan dan menyelesaikan pelbagai isu dalam usaha menyeragamkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Dr. merakamkan ucapan penghargaan kepada YAA Tuan Haji Mohammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor serta keseluruhan warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Johor atas kesudian menjadi tuan rumah bagi persidangan Ketua-ketua Hakim Mahkamah Syariah kali ke-75 ini dan JKSN Johor adalah negeri kedua selepas JKSN Terengganu yang sebelum ini turut menjadi Tuan rumah kepada program yang dianjurkan oleh JKSM.

Selanjutnya YAA Dato’ Dr. telah berkongsi kedudukan terkini beberapa inisatif yang diambil diperingkat JKSM antaranya pandangan yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pemakaian Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (AKTA 461) yang mana tafsiran “mahkamah” yang dinyatakan di bawah seksyen 5 Akta 461 turut merangkumi Mahkamah Syariah.

YAA Dato’ Dr. turut memaklumkan bahawa satu persidangan peringkat antarabangsa iaitu International Conference on Family Law, Family Justice and Maqasid al-syariyyah akan dianjurkan secara bersama oleh JKSM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) pada 3 hingga 4 November 2020 dan YAA Dato’ Dr. mengalu-alukan penglibatan YAA Ketua-Ketua Hakim JKSN/MSN serta seluruh Pegawai Syariah untuk menyertai persidangan ini sama ada sebagai pembentang mahupun sebagai peserta.

Selain itu, YAA Dato’ Dr. turut menggesa hakim-hakim syarie memberi penekanan terhadap Adabul Qhadi dan mengelak melibatkan diri secara keterlaluan di media sosial lebih-lebih lagi semasa mengendalikan kes yang akhirnya akan mendatangkan tohmahan kepada mahkamah syariah itu sendiri.

Akhir sekali, YAA Dato’ Dr. mengharapkan agar JKSN/MSN terus istiqomah bersama JKSM bagi melicinkan proses kerja pentadbiran, pengurusan dan kehakiman, seterusnya dapat meningkatkan lagi taraf institusi kehakiman Syariah di Malaysia.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024