PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-77 BILANGAN 1 TAHUN 2022

29 Mac 2022: Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM telah mengurusetiakan Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-77 Bil. 1/2022 bertempat di Adya Hotel, Langkawi, Kedah yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Persidangan yang diadakan selama tiga hari ini menghimpunkan Ketua-Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri di seluruh negara bertujuan membincangkan dan menyelesaikan pelbagai isu dalam usaha menyeragamkan sistem perundangan dan kehakiman syariah.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Setia Dr. merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli persidangan atas kehadiran dan beliau turut mengalu-alukan kehadiran Puan Hajjah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi (Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie, JAPENS) dan Tuan Jaidi bin Ahmad (Jabatan Peguam Negara) yang turut hadir buat kali pertama dalam persidangan kali ini.

Selanjutnya YAA Dato’ Dr. telah memperincikan perancangan bagi setiap bahagian dan unit di JKSM termasuklah program-program berimpak tinggi dalam usaha melaksanakan fungsi dan peranan JKSM dalam menyeragam pentadbiran kehakiman syariah di Malaysia.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh YA Datuk Jasri@Nasip bin Matjakir (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM) yang akan mula bersara secara pilihan bermula pada 1 April 2022 dan semoga curahan khidmat beliau selama lebih kurang 31 tahun dalam institusi Kehakiman Syariah ini akan mendapat ganjaran pahala tertinggi di sisi Allah S.W.T.

Sebanyak dua kertas maklumam telah dibentangkan dalam persidangan kali ini iaitu:

i. Pembentangan Informasi Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 oleh BTMK JKSM

ii. Pemakluman Mengenai Pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) Mengenai Isu Pengurusan Tatatertib di JKSM oleh Unit Integriti JKSM.

Persidangan kali ini turut menyaksikan penyerahan buku alasan penghakiman pertama yang diputuskan oleh Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak kepada YAA Dato’ Setia Dr. oleh YAA Tuan Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor (Ketua Hakim Syarie Negeri Perak).

Turut hadir di dalam persidangan ini adalah Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua Unit JKSM dan KPP BPKR JKSM.

Last Updated on Mac 29, 2022

Kalendar JKSM

Events in Jun 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 30, 2022(1 event) Mei 31, 2022(1 event) Jun 1, 2022(1 event) Jun 2, 2022 Jun 3, 2022(1 event) Jun 4, 2022 Jun 5, 2022
Jun 6, 2022 Jun 7, 2022 Jun 8, 2022 Jun 9, 2022 Jun 10, 2022(1 event) Jun 11, 2022 Jun 12, 2022
Jun 13, 2022 Jun 14, 2022(2 events) Jun 15, 2022 Jun 16, 2022 Jun 17, 2022(1 event) Jun 18, 2022 Jun 19, 2022
Jun 20, 2022(1 event) Jun 21, 2022(1 event) Jun 22, 2022(1 event) Jun 23, 2022(1 event) Jun 24, 2022(1 event) Jun 25, 2022 Jun 26, 2022
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022