PERSIDANGAN MEJA BULAT KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA

04 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput sebagai Panel Pembentang Persidangan Meja Bulat Ke Arah Memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.

Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pada sesi pembentangan tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah menyampaikan tajuk berkenaan “Peranan JKSM dalam Pengurusan Harta Pusaka”. Antara intipati pembentangan yang dikupas adalah Kedudukan Perlembagaan Persekutuan dalam penentuan kuasa Mahkamah Syariah mentadbir hal-hal harta pusaka, keputusan-keputusan kes terdahulu yang berkaitan isu harta di mahkamah syariah, fungsi dan peranan JKSM dalam skop bidangkuasa khusus kes-kes harta di Malaysia serta kepentingan Arahan-arahan Amalan Mahkamah Syariah dalam menyelaraskan sistem pentadbiran harta pusaka di Malaysia.

YAA Dato’ Setia Dr. juga mengulas tentang visi JKSM dalam memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya menjadi pemutus untuk semua isu berkaitan harta pusaka orang Islam di samping mewujudkan one stop centre bagi pengurusan harta pusaka orang Islam.

Antara topik lain yang turut dibentangkan adalah “Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka Kecil” oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), “Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka” oleh Amanah Raya Berhad (ARB) dan “Pengalaman MAIS Dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam di Negeri Selangor” oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JAKIM, Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Peguam Negara, Amanah Raya Berhad, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ketua-Ketua Agensi Agama Persekutuan.

Last Updated on October 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024