PERSIDANGAN PERSONEL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT KALI KETIGA

16 Ogos 2022 | Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM telah menganjurkan Persidangan Personel Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT (PPICT) untuk Kali Ketiga Bilangan 1 Tahun 2022. Persidangan ini berlangsung selama 3 hari dari 16 – 18 Ogos 2022 dengan tema “Melestari Transformasi Pendigitalan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah”.

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat JKSM sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah BTMK kerana berjaya menganjurkan

sekali lagi Persidangan Personel Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT (PPICT) untuk Kali Ketiga Bilangan 1 Tahun 2022.

Beliau amat berharap agar semua peserta persidangan dapat mengambil manfaat dalam tempoh masa yang singkat ini dalam bersama-sama memacu perkhidmatan ICT yang lebih berdaya saing demi manfaat institusi perundangan dan kehakiman syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. berhasrat supaya pengetahuan dan pengalaman di samping rujukan terhadap ”best practice solution” sama ada dari dalam negara mahupun luar negara serta agensi Kerajaan dan Swasta perlu dilengkapkan dalam setiap pasukan ICT sama ada diperingkat JKSM, JKSN dan MSN bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi adalah sentiasa tersedia seperti kata pepatah ”setiap ditugal ada benihnya” yang bermaksud sesuatu usaha yang dilaksana pasti ada hasilnya.

YAA Dato Setia Dr. dalam ucapan menyatakan bahawa fungsi utama pewujudan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 3 Julai 1996 adalah sebagai penyelaras kepada usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman pengurusan serta pentadbiran Mahkamah Syariah semua negeri.

Rentetan daripada penjajaran tersebut telah berhasil menempatkan 49 perjawatan ICT di mahkamah syariah seluruh negara yang bertujuan membantu dan memandu proses penyelarasan sebagaimana dihasratkan oleh JKSM di samping memudahcara urusan melibatkan keperluan teknikal ICT kakitangan di negeri.

Justeru itu, warga JKSM yang memikul tanggungjawab besar ini diharapkan agar lebih memahami akan peranan dan tanggungjawab serta bidang tugas yang perlu diberi keutamaan bagi mengimbangi keperluan di Ibu Pejabat khususnya dan Jabatan amnya.

Last Updated on Ogos 18, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023 Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023 Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023 Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023 Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023 Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023 Mac 31, 2023 April 1, 2023 April 2, 2023