PERTEMUAN BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

24 Januari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM hari ini berpeluang bersama-sama dalam perjumpaan bersama warga JKSN Sabah di Dewan Mahkamah Rayuan Syariah, Bangunan baharu Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam amanatnya mengingatkan seluruh warga JKSN Sabah untuk menitipkan rasa syukur atas perpindahan ke bangunan baharu ini yang jauh lebih selesa berbanding bangunan yang lama.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menekankan agar semua warga sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat masyarakat dan pelanggan Mahkamah dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum.

Sebagai rekod, ini adalah pertemuan kali pertama YAA Dato’ Setia Dr. bersama warga kerja JKSN Sabah bagi tahun 2022.

Turut berada bersama-sama dalam program tengahari ini adalah YAA Tuan Ahmad Din Bin OKK Othman, KHS Sabah, YA Tuan Samal Bin Munji HMTS Sabah serta Puan Surayah Binti Ramlee, KP JKSN Sabah.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024