[language-switcher]

Polisi e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

JKSM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh yang demikian, JKSM amat mengalu-alukan penyertaan orang ramai dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus- Glossary Link virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
 
Pihak JKSM sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.  Semua pertanyaan, aduan dan cadangan akan di beri perhatian bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan JKSM.  Bagi tujuan tersebut, beberapa platform yang bersesuaian disediakan oleh JKSM bagi menggalakkan interaksi antara pihak JKSM dan juga orang awam.

Antara saluran komunikasi yang disediakan :

Emel  
Sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan boleh diajukan ke alamat emel berikut: ukk_jksm[at]esyariah[dot]gov[dot]my
Sebarang masalah teknikal atau komen mengenai Laman Web JKSM, boleh diajukan ke alamat emel berikut: portaladmin[at]esyariah[dot]gov[dot]my

Facebook
Orang awam juga boleh berkomunikasi dengan JKSM melalui Facebook JKSM

Telefon/Fax
Sila hubungi kami di talian (+603) 8870 9200 atau fax (+603)8870 9500

Alamat
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.

Kalendar JKSM

Events in April 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 28, 2022 March 29, 2022 March 30, 2022 March 31, 2022 April 1, 2022 April 2, 2022 April 3, 2022
April 4, 2022(1 event) April 5, 2022 April 6, 2022(1 event) April 7, 2022 April 8, 2022 April 9, 2022 April 10, 2022
April 11, 2022 April 12, 2022(1 event) April 13, 2022(2 events) April 14, 2022 April 15, 2022(1 event) April 16, 2022 April 17, 2022
April 18, 2022(1 event) April 19, 2022(1 event) April 20, 2022(1 event) April 21, 2022(1 event) April 22, 2022(2 events) April 23, 2022 April 24, 2022
April 25, 2022(1 event) April 26, 2022 April 27, 2022 April 28, 2022 April 29, 2022 April 30, 2022 May 1, 2022