PROGRAM BICARA INTEGRITI SIRI 2 TAHUN 2022 “SURAT LAYANG: FAKTA ATAU AUTA”

12 Ogos 2022 | Unit Integriti dengan kerjasama Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Program Bicara Integriti Siri 2 Tahun 2022. Program yang diadakan secara atas talian bagi siri kali ini memberi fokus kepada tajuk *“SURAT LAYANG: FAKTA ATAU AUTA”.*

Program Siri 2 ini yang berobjektifkan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kepada peserta berkenaan surat layang dan implikasi akibat dijadikan amalan disamping memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah mengendali dan mengurus keadaan jika menerima surat layang.

Selain itu, ia turut bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran berkaitan sejauh mana keperluan dan larangan membuat surat layang beserta faktor mempengaruhi amalan dan langkah-langkah pencegahan.

Program yang bermatlamatkan 3 objektif kesedaran ini telah dibentangkan oleh PPj Mohamad Izam bin Abd Nasir, Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penceramah daripada SPRM ini bukan sahaja berkemahiran dalam bidang pendidikan kepada masyarakat berkenaan rasuah, bahkan berpengalaman selama 22 tahun dalam bidang siasatan berkaitan rasuah dan tatatertib.

Program ceramah yang berteraskan kesedaran awal ini dimulai dengan kata pembuka Pengacara Majlis dan bacaan doa, seterusnya Ucapan Aluan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naím bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tepat jam 9:15 pagi.

Dalam ucapan Aluan tersebut, Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. telah memberi penekanan bahawa seseorang Pegawai awam perlulah berwaspada dalam setiap tindakan dan mengelakkan diri daripada terjebak sebagai pelaku yang membuat surat layang sama ada dalam bentuk klasikal mahupun dalam bentuk teknologi moden. Perbuatan ini dibimbangi ia boleh dikira sebagai Pernyataan Awam oleh Pegawai Awam dan termasuk dalam tindakan yang boleh dikenakan dengan apa-apa tindakan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang boleh membawa hukuman sehingga buang kerja.

Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. turut mengingatkan dan menasihati warga perundangan dan kehakiman Syariah agar sentiasa menyelidiki kesohihan setiap berita yang diterima sebelum mempercayainya di samping berusaha mengelakkan diri daripada terjebak dengan amalan yang tidak berintegriti ini.

Program Bicara Integriti Siri 2 Tahun 2022 ini berakhir tepat jam 11:15 pagi telah dilayari lebih daripada 250 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja JKSM/ JKSN/ MSN seluruh Malaysia.

Last Updated on August 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023
April 3, 2023 April 4, 2023 April 5, 2023 April 6, 2023(1 event) April 7, 2023 April 8, 2023 April 9, 2023
April 10, 2023(1 event) April 11, 2023 April 12, 2023 April 13, 2023(2 events) April 14, 2023(1 event) April 15, 2023 April 16, 2023
April 17, 2023 April 18, 2023(2 events) April 19, 2023(1 event) April 20, 2023 April 21, 2023 April 22, 2023 April 23, 2023
April 24, 2023 April 25, 2023 April 26, 2023 April 27, 2023 April 28, 2023 April 29, 2023 April 30, 2023