PROGRAM BICARA SECANGKIR KOPI KETUA HAKIM SYARIE/KETUA PENGARAH JKSM BERSAMA HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

21 Disember 2020: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah menganjurkan Program Bicara Secangkir Kopi Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Bin Hj Mokhtar Bersama Hakim Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex.

Bual bicara interaktif yang dihadiri seramai 126 orang peserta ini adalah kesinambungan daripada penganjuran kursus-kursus yang telah dilaksanakan kepada hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah sepanjang tahun 2020.

Di awal program, YAA Dato’ Setia Dr. memberi penjelasan tentang kepentingan latihan kepada semua Hakim Syarie bagi meningkatkan kredibiliti serta pengetahuan mereka sebagai Hakim Syarie selain menekankan fungsi dan tanggungjawab Hakim-Hakim Syarie sebagai Duta dalam memartabatkan kehakiman Syariah dengan memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap sistem kehakiman syariah.

Seterusnya, YAA Dato’ Setia Dr. turut memberi peringatan kepada semua peserta untuk menjaga adab dan etika semasa menjalankan amanah sebagai Hakim Syarie serta sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme diri masing-masing tanpa mengabaikan kepentingan pihak-pihak yang berurusan dengan Mahkamah samada Peguam-Peguam Syarie ataupun klien.

Selain itu, YAA Dato Setia Dr. juga menyeru semua pegawai Syariah agar bersatu hati dan berganding bahu dalam usaha memperkasakan dan memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Sesi bicara diakhiri dengan sesi interaksi bersama para hakim Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia dalam berkongsi pandangan dan cadangan dalam penambahbaikan sistem latihan di JKSM agar dapat memenuhi keperluan para hakim pada masa hadapan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024