PROGRAM CELIK AL-QURAN 4 : 34 (SIRI 1)

PROGRAM CELIK AL-QURAN 4 : 34 (SIRI 1)

02 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput sebagai ahli panel dalam Program Celik Al-Quran 4:34 (Siri 1) yang ditayangkan secara langsung di YouTube dan FBLive World Quran Hour & AkademiDrHar.

Program kali ini membicarakan topik bertajuk “Apakah Suami Juga Boleh Nusyuz? Siapa yang Nusyuz: Isteri atau Suami?”.

Pengasas Akademi Dr Har, Datuk Harlina Halizah Siraj telah mengendalikan sesi forum ini yang menampilkan YAA Dato’ Setia Dr. serta Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin (Pengarah Sebarkan Bahagia Resources & Penulis) selaku ahli-ahli panel.

Dalam sesi tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan seorang suami atau isteri itu nusyuz, Pensabitan Nusyuz mengikut undang-undang serta sokongan dan bantuan undang-undang dalam membantu menyelesaikan pemasalahan nusyuz terbabit.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menerangkan bahawa seorang isteri tidak perlu takut untuk menyelamatkan diri dari keganasan fizikal yang dilakukan pihak suami disebabkan kerisauan digelar nusyuz oleh si suami.

Ini kerana hanya Hakim Syarie yang boleh mensabitkan seseorang itu nusyuz. Justeru, pihak-pihak perlu memfailkan kes tuntutan sabitan nusyuz di mahkamah dan setiap aduan berkaitan nusyuz perlulah dibuktikan di mahkamah mengikut standard pembuktian yang ditetapkan oleh undang-undang/enakmen keterangan.

Dalam masa yang sama YAA Dato’ Setia Dr. menegaskan betapa pentingnya setiap pasangan mempunyai kemahiran mengurus dan menyelesaikan konflik rumahtangga. Ini bagi membolehkan mereka menangani pemasalahan rumahtangga dengan baik di peringkat awal berlakunya krisis sebelum ianya menjadi lebih teruk sehingga perlunya campur tangan dari pihak luar.

Last Updated on October 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023
February 6, 2023 February 7, 2023(1 event) February 8, 2023 February 9, 2023(1 event) February 10, 2023(1 event) February 11, 2023 February 12, 2023
February 13, 2023(1 event) February 14, 2023(1 event) February 15, 2023 February 16, 2023 February 17, 2023 February 18, 2023 February 19, 2023
February 20, 2023(1 event) February 21, 2023(1 event) February 22, 2023(1 event) February 23, 2023 February 24, 2023 February 25, 2023 February 26, 2023
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023