21 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM telah menyampaikan ceramah dalam Program Ceramah Pemahaman Arahan Amalan Mahkamah Syariah JKSM Tahun 2019 Siri 3/2022 untuk Mahkamah Syariah WP Labuan.
Program tersebut yang bertempat di Hotel Lazenda Labuan telah dihadiri oleh peserta-peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah WP Labuan, pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam WP.Labuan, Jabatan Pendakwaan Syariah WP Labuan dan Jabatan Bantuan Guaman WP Labuan.
Program ini yang merupakan sambungan kepada program yang sama pada siri sebelum ini telah mengupas beberapa Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh JKSM pada tahun 2019 untuk diperkemas amalannya di Mahkamah Syariah WP Labuan.
Last Updated on October 21, 2022