PROGRAM HARI INTEGRITI TAHUN 2020

10 November 2020: Unit Integriti, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah menganjurkan Program Hari Integriti 2020 secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex Meetings.

Program selama satu hari ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dimana YAA Dato’ Dr. terlebih dahulu merakamkan ucapan penghargaan kepada Unit Integriti atas penganjuran program hari ini dan pihak SPRM kerana sudi meluangkan masa dan ilmu bersama-sama warga kehakiman Syariah.

YAA Dato’ Dr. memaklumkan bahawa penganjuran program ini merupakan antara platform untuk memupuk kesedaran dan kefahaman setiap warga berkenaan integriti dalam perkhidmatan awam yang bukan sahaja memfokuskan mengenai isu-isu rasuah, pematuhan berkaitan sistem dan prosedur kerja, tatacara kewangan dan isu-isu tatatertib malahan juga meliputi segala aspek budaya kerja dan persekitaran seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah walau di mana juga kita ditugaskan.

YAA Dato’ Dr seterusnya menekankan bahawa setiap warga perlu menzahirkan rasa syukur dengan sentiasa bekerja dengan tekun dan berdedikasi kerana meskipun negara dilanda wabak COVID-19, penjawat awam tidak terjejas dan masih menerima gaji seperti biasa.

Kaedah bekerja dari rumah yang dilaksanakan kerajaan bertujuan bukan sahaja untuk menyekat dan menghentikan pandemik ini, bahkan dalam masa yang sama adalah untuk memastikan segala perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat berjalan seperti biasa.

Setiap warga turut diingatkan agar sentiasa mengamalkan konsep bertabayyun atau menyelidiki dalam setiap berita yang diterima ini agar keharmonian dan hubungan ukhuwwah sesama kita terjamin dan dapat meningkatkan persefahaman dan integriti diri.

Akhir kalam, YAA Dato’ Dr. mengharapkan agar program hari ini mencapai matlamatnya dan setiap warga dapat menimba sebanyak mungkin ilmu seterusnya memanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022(1 event) Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022(1 event) Ogos 10, 2022(1 event) Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022(2 events) Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022(1 event) Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022(1 event) Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022(2 events) Ogos 23, 2022(2 events) Ogos 24, 2022(1 event) Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022(1 event) Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022(1 event) Ogos 30, 2022(1 event) Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022