PROGRAM INTERNATIONAL CONFERENCE ONFAMILY LAW, FAMILY JUSTICE AND MAQASID AL-SHARI’AH (ICFL) 2021

Kuala Lumpur – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) telah mengadakan Program International Conference on Family Law, Family Justice And Maqasid al-Shari’ah (ICFL) 2021 secara dalam talian menggunakan medium aplikasi Cisco Webex.

Program yang disertai oleh Pegawai Syariah JKSM/ JKSN/ MSN/ Kader/ Ahli Akademik bertujuan untuk :

1. Menyediakan platform untuk mengumpulkan pelbagai isu dan perspektif berkaitan Undang-undang Keluarga dan Maqasid al-Shari’ah dari seluruh dunia
2. Menyediakan platform berbentuk perbincangan mengenai pelbagai isu yang berkaitan Undang-Undang Keluarga dan Maqasid al-Shari’ah
3. Menyediakan platform untuk bertukar idea dan pengalaman berkaitan isu undang-undang Keluarga berkaitan dan Maqasid al-Shari’ah;dan
4. Untuk Menerbitkan Buku Prosiding berkaitan dengan Undang-Undang Keluarga dan Maqasid al-Shari’ah.

Persidangan yang julung kali ini diadakan berdepan dengan cabaran dan dugaan dapat dilaksanakan secara atas talian. Program ini berlangsung secara pembentangan selari (parallel session) merangkumi 3 (tiga) Bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab yang melibatkan 85 orang pembentang dari dalam dan luar Negara. Program ini telah mendapat penyertaan seramai 250 orang peserta.

Perasmian Pembukaan Persidangan International Conference on Family Law, Family Justice And Maqasid al-Shari’ah (ICFL) 2021 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Manakala Perasmian Penutup telah di sempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024