PROGRAM KHAS : LIBAT URUS MAQASID SYARIAH PERINGKAT AGENSI YB MENTERI DI JPM TAHUN 2021

24 Mac 2021 : Bahagian Latihan JKSM dengan Kerjasama Bahagian Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Program Khas : Libat Urus Maqasid Syariah Peringkat Agensi YB Menteri Di JPM Tahun 2021 secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Terdahulu program telah dimulakan dengan ucapan aluan dari YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie. YAA Dato’ Setia Dr. di dalam ucapannya telah menyeru seluruh warga JKSM untuk memahami dasar Manhaj Rabbani yang berteraskan Maqasid Syariah.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., program ini diadakan susulan titah dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, pada 18 Mei 2020 bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan akan terus dipertahankan selaras dengan ajaran Islam yang syumul dan dipacu oleh prinsip MAQASID SYARIAH, mewujudkan pentadbiran Islam yang inklusif, progresif, membentuk hubungan etnik dan agama yang hamoni, menyantuni kemanusiaan dan peradaban ke arah kesejahteraan sejagat.

Selari dengan itu, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) telah mengumumkan Dasar Manhaj Rabbani berteraskan Maqasid Syariah dan perlaksanaan i-MaqSD peringkat agensi-agensi Agama pada 25 Januari 2021 yang lalu.

Program kemudian diteruskan dengan ceramah bertajuk Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah dan Perlaksanaan I-MaqSD oleh Ustazah Nor Safina Binti Zainal yang merupakan Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM.

Objektif program ini adalah memastikan semua warga JKSM mempunyai pengetahuan dan terlibat di dalam urus tadbir berteraskan Maqasid Syariah dan menguar-uarkan kepada mengenai perlaksanaan I-MaqSD kepada semua agensi agama khususnya JKSM dan program ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan JKSM seramai 79 orang peserta secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex manakala 30 orang secara fizikal di Bilik Latihan Syariah, Bahagian Latihan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024