PROGRAM PENGUKUHAN SISTEM SOKONGAN INSTITUSI KEKELUARGAAN ANJURAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DENGAN KERJASAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN (JKSNS)

14 Jun 2022 | Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)hari ini telah menganjurkan Program Pengukuhan Sistem Sokongan Institusi Kekeluargaan di Dewan Auditorium Pejabat Daerah dan Tanah Port Disckson Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh YA Dato’ Haji Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama BSK Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS). Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan BSK dan memberikan pemahaman kepada masyarakat berkaitan dengan undang-undang penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah yang sedang berkuat kuasa.

Dalam program ini juga diadakan ceramah bertajuk “Nafkah Diberi, Keluarga Dirahmati” yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Alimi bin Mohammed bagi melahirkan golongan suami yang qawwam dalam menyantuni ahli keluarga.

Untuk rekod, program ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Abas bin Nordin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM, Timbalan Pegawai Daerah Port Dickson, para jemputan dari NGO dan agensi kerajaan Negeri Sembilan seramai 134 orang peserta.

Diharap agar program ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat terutamanya ibu-ibu tunggal dan para jemputan NGO serta agensi kerajaan berkenaan dengan fungsi dan peranan BSK dalam prosiding penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah, di samping tanggungjawab suami isteri dalam melahirkan keluarga sakinah yang dirahmati Allah SWT.

Last Updated on June 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor