PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI JKSM TAHUN 2022

6 Oktober 2022 | Unit Integriti, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Integriti JKSM Tahun 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, Aras 5 JKSM. Program Sambutan Hari Integriti JKSM adalah merupakan satu program khas yang diadakan pada setiap tahun dan disertai oleh seluruh warga JKSM.

Antara objektif Sambutan Hari Integriti pada tahun ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada seluruh warga JKSM mengenai ancaman dan trend dadah semasa, memberikan pemahaman mengenai risiko penggunaan dadah di tempat kerja dan meningkatkan pengetahuan mengenai jenis-jenis dadah serta kesan buruk yang bakal dihadapi bagi mereka yang menyalahgunakan dadah.

Oleh itu, Unit Integriti telah bekerjasama dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi melaksanakan Program Tempat Kerja Bebas Rasuah atau dikenali sebagai TEKAD.

Sempena Program Sambutan Hari Integriti ini juga, telah diadakan satu Majlis Pelancaran Polisi Anti Dadah JKSM yang disempurnakan oleh YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Polisi ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada seluruh warga JKSM mengenai pendirian JKSM terhadap penyalahgunaan dadah dan ini menunjukkan antara komitmen Pengurusan tertinggi JKSM bagi memastikan JKSM bebas seratus peratus daripada penyalahgunaan dadah.

Dalam ucapan penutup beliau, YAA Dato’ Setia Dr. telah memberikan penekanan mengenai peri pentingnya seseorang itu untuk sentiasa memelihara iman, agama, keselamatan diri, akal fikiran, tubuh badan, harta dan keturunan.

Beliau menyatakan “Islam juga melarang kita daripada mendekati perkara-perkara yang boleh memudaratkan dan membawa kepada kebinasaan seperti meminum arak, zina, judi, memakan riba, rasuah dan perkara-perkara yang boleh mengkhayalkan seperti penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa diri, lupa agama dan lupa dunia kerana ia memberi kesan buruk kepada akal, melemahkan tenaga berfikir dan kecerdasan, mengakibatkan segala macam penyakit serta boleh mengganggu kesihatan mental dan fizikal.”.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. mengingatkan kepada seluruh warga JKSM agar jangan sesekali terlibat dengan najis dadah dan beliau juga sangat berharap tiada dikalangan warga JKSM yang terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah yang bukan sahaja boleh memberikan tanggapan buruk masyarakat kepada Jabatan, malah boleh merosakkan dan mencemarkan imej institusi kehakiman Syariah secara keseluruhan.

Last Updated on Oktober 6, 2022

Kalendar JKSM

Events in Januari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Disember 26, 2022 Disember 27, 2022 Disember 28, 2022 Disember 29, 2022 Disember 30, 2022 Disember 31, 2022 Januari 1, 2023
Januari 2, 2023 Januari 3, 2023 Januari 4, 2023(1 event) Januari 5, 2023 Januari 6, 2023 Januari 7, 2023 Januari 8, 2023
Januari 9, 2023 Januari 10, 2023(1 event) Januari 11, 2023 Januari 12, 2023 Januari 13, 2023 Januari 14, 2023 Januari 15, 2023
Januari 16, 2023 Januari 17, 2023(1 event) Januari 18, 2023(3 events) Januari 19, 2023(3 events) Januari 20, 2023 Januari 21, 2023 Januari 22, 2023
Januari 23, 2023 Januari 24, 2023 Januari 25, 2023 Januari 26, 2023 Januari 27, 2023 Januari 28, 2023 Januari 29, 2023
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023 Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023