PROGRAM SAYANGI DIRI SIRI 3 TAHUN 2021

6 Disember 2021 | Unit Integriti dengan kerjasama Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan AKRAB JKSM telah mengadakan Program Sayangi Diri Siri 3 Tahun 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi webex.

Ceramah yang bertajuk “Sayangi Diri” ini diadakan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan jati diri selain bermatlamat membentuk karakter serta sahsiah diri sebagai penjawat awam yang berintegriti dan disenangi oleh seluruh warga Jabatan.

Program terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang menekankan supaya seluruh warga JKSM/JKSN/MSN mengamalkan konsep berkerjasama, berganding bahu dan tolong-menolong antara satu sama lain selain menjalankan aktiviti yang berkonsepkan perpindahan ilmu kepada generasi baharu.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menggesa warga kerja supaya menghayati dasar Keluarga Malaysia, yang mengandungi ciri-ciri Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri selain menghayati 4 perkara yang telah ditekankan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu bekerja dengan penuh integriti, bergerak secara bersepadu sebagai satu pasukan, menjadi juru bicara agensi dan memastikan semua program yang dijalankan memberi impak kepada masyarakat.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. menyeru kepada semua warga kerja untuk menggembleng segala kekuatan yang ada berpasakkan kepada keilmuan, bukan sahaja dalam mencari rezeki untuk kestabilan diri dan keluarga, bahkan demi menjaga kestabilan Jabatan dan negara dalam menyampaikan perkhidmatan.

Seterusnya program diteruskan dengan pembentangan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Pengarah Bahagian Latihan JKSM. Penceramah yang juga merupakan anggota AKRAB JKSM, berkelulusan Sarjana Kaunseling dan berpengalaman dalam bidang kehakiman.

Antara penekanan dalam intipati perkongsian yang dibentangkan adalah supaya sentiasa seimbang antara menyayangi diri sendiri dengan menjaga hati orang lain supaya tidak tersalah arah dan supaya jiwa sentiasa tenang.

Selain itu, Puan Penceramah turut berkongsi tips untuk menyayangi diri antaranya belajar menerima kekurangan diri sendiri, mengambil berat tentang diri sendiri, elakkan berfikiran negatif tentang diri, sentiasa berfikiran positif dan menjaga kesihatan diri.

Program yang berakhir tepat jam 11:00 pagi ini telah dihadiri lebih daripada 190 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja JKSM dan warga mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in September 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 29, 2022(1 event) Ogos 30, 2022(1 event) Ogos 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022
September 5, 2022 September 6, 2022 September 7, 2022 September 8, 2022 September 9, 2022 September 10, 2022 September 11, 2022
September 12, 2022(1 event) September 13, 2022(1 event) September 14, 2022(2 events) September 15, 2022(2 events) September 16, 2022 September 17, 2022 September 18, 2022
September 19, 2022(2 events) September 20, 2022 September 21, 2022 September 22, 2022(1 event) September 23, 2022(1 event) September 24, 2022 September 25, 2022
September 26, 2022 September 27, 2022(2 events) September 28, 2022 September 29, 2022 September 30, 2022(1 event) Oktober 1, 2022 Oktober 2, 2022