PROGRAM SYARAHAN PROFESOR ADJUNG ANJURAN FAKULTI UNDANG-UNDANG UiTM

7 Julai 2022 – YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor telah diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan dalam Program Syarahan Profesor Adjung yang dianjurkan oleh Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). YAA Dato’ telah membentangkan syarahan bertajuk “Pemakaian Konsep Ijtihad di Mahkamah Syariah” dan disampaikan secara atas talian.

Program yang bermula tepat pada jam 11:00 pagi ini telah disertai lebih daripada 207 orang yang terdiri daripada mahasiswa Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) dan mahasiswa jurusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) UiTM. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh warga UiTMLaw dan kakitangan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Syarahan ini membentangkan konsep ijtihad yang diamalkan di Mahkamah Syariah, kepentingan yang timbul selari dengan perkembangan semasa yang memerlukan jawapan hukum terutama dalam bidang perundangan syariah umumnya dan khususnya amalannya di Malaysia.

Antara isu-isu semasa yang diulas oleh YAA Dato’ berkenaan dengan pelaksanaan ijtihad yang berlaku di Malaysia antaranya berhubung dengan penetapan jumlah bagi nafkah, mut’ah dan isu kewangan dalam menangani peningkatan sara hidup dan inflasi.

Di akhir syarahan, YAA Dato’ telah menyimpulkan bahawa ijtihad hakim adalah sangat diperlukan terhadap perkara-perkara baru dalam pengembangan hukum dan perundangan.

Walaupun terdapatnya undang-undang yang telah digazetkan namun masih wujud ruang-ruang ijtihad yang boleh dilaksanakan oleh hakim. Hasil ijtihad hakim ini memberikan manfaat kepada perkembangan agama, undang-undang dan kemaslahatan masyarakat.

Sementara itu, YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM turut berkesempatan menyertai syarahan ini dan memberikan ucapan penghargaan kepada YAA Dato’ Mohammad Adib atas perlantikan sebagai Profesor Adjung dan terima kasih kepada UiTM atas penghargaan yang diberikan kepada Pegawai Syariah secara amnya.

YAA Dato’ Setia turut menasihati mahasiswa untuk membuat persiapan dalam mendepani cabaran undang-undang selepas tamat pengajian kerana mahasiswa akan memainkan peranan penting dalam memertabatkan Perundangan Syariah di Malaysia.

Sebagai rekod, YAA Dato’ merupakan Prof Adjung bagi Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 September 2020.

Last Updated on July 7, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor