Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rendah

1) Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan:

  • Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
  • Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;

Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;

Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.

2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.
 
3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan: 

  • Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
  • Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
  • Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
  • Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang Kena Tuduh.
  • Hakim jatuhkan hukuman.

4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan:

  • Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie;
  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara iaitu:
            – Memberi keterangan bersumpah; atau
            – Memberi keterangan tidak bersumpah; atau
            – Berdiam diri.      
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

Last Updated on January 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • There are no events scheduled during these dates.