Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Tinggi

1) Prosedur pengurusan permohonan memfailkan kes sama dengan permohonan di Mahkamah Rendah di para 1.1 berdasarkan:

  • kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
  • kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;
  • hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;
  • permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.

2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.

3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan dengan:

  • Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
  • Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
  • Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan;
  • Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan;
  • Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.
  • Hakim jatuhkan hukuman.

4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan dengan:

  • Dengar pemeriksaan utama saksi Pendakwa Syarie;
  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara iaitu:
            – memberi keterangan bersumpah; atau
            – memberi keterangan tidak bersumpah; atau
            – berdiam diri.  
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

Last Updated on Januari 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in Jun 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 29, 2023 Mei 30, 2023 Mei 31, 2023 Jun 1, 2023 Jun 2, 2023(1 event) Jun 3, 2023 Jun 4, 2023
Jun 5, 2023 Jun 6, 2023 Jun 7, 2023 Jun 8, 2023 Jun 9, 2023(2 events) Jun 10, 2023 Jun 11, 2023
Jun 12, 2023 Jun 13, 2023(1 event) Jun 14, 2023 Jun 15, 2023 Jun 16, 2023(1 event) Jun 17, 2023 Jun 18, 2023
Jun 19, 2023(1 event) Jun 20, 2023(1 event) Jun 21, 2023(1 event) Jun 22, 2023 Jun 23, 2023 Jun 24, 2023 Jun 25, 2023
Jun 26, 2023 Jun 27, 2023 Jun 28, 2023 Jun 29, 2023 Jun 30, 2023 Julai 1, 2023 Julai 2, 2023