Selamat Datang ke Laman Web Puspanita JKSM
Majlis Silaturrahim PUSPANITA JKSM
Putrajaya, 27 Jun 2008 – PUSPANITA Cawangan JKSM telah mengadakan Majlis Silaturrahim bertempat di Dewan Makan, Aras 4,Blok D7, Kompleks D, Putrajaya.
Majlis yang dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi PUSPANITA iaitu, Y.Bhg Datin Halimah Bt Abdul Majid meyatakan tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai pengenalan kepada penubuhan PUSPANITA cawangan JKSM.
Dalam ucapan oleh penaung PUSPANITA iaitu ,Y.A.A Datuk Haji. Ibrahim bin Lembut menyatakan bahawa sokongan padu bagi penubuhan PUSPANITA adalah penting kerana bertepatan dengan ungkapan “Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya“.
PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia .
PUSPANITA ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus.
Antara aktiviti lain yang dijalankan pada majlis yang meriah itu ialah persembahan multimedia, persembahan nasyid dan cabutan bertuah.







