RANGKUMAN KEJAYAAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SEKSYEN NEGERI PADA PERMULAAN RAMADHAN 1442H

19 APRIL 2021 (ISNIN) – BSK Seksyen Negeri Kelantan pada hari ini telah berjaya menguatkuasakan perintah melalui Notis Penghakiman dengan jumlah tunggakan sebanyak RM10,000.00 bagi pihak Pemiutang Penghakiman. Penghutang Penghakiman telah dikomitkan ke penjara selama 14 hari di atas kegagalan tersebut. Pada peringkat awal, tunggakan sebanyak RM10,000.00 telah disabitkan oleh mahkamah dan Penghutang Penghakiman hanya diarahkan untuk membayar sebanyak RM60.00 sebulan dan bakinya dijelaskan melalui pengeluaran KWSP pada September 2020. Ironinya, pengeluaran caruman KWSP sebanyak RM40,000.00 telah dibuat oleh Penghutang Penghakiman tetapi pembayaran tunggakan tidak diselesaikan.

Selain itu, BSK Seksyen Negeri Kelantan pada 14 April 2021 telah berjaya merekodkan persetujuan penyelesaian tunggakan nafkah anak dan persekolahan berjumlah RM2,000.00. Penghutang Penghakiman telah bersetuju untuk membuat bayaran secara tunai RM1,500.00 manakala bakinya akan dijelaskan pada Jun depan.

BSK Seksyen Negeri Kedah juga telah berjaya merekodkan pembayaran tunggakan muta’ah sebanyak RM2,800.00 secara tunai sejurus selepas diperintahkan oleh Mahkamah.

BSK Seksyen Negeri Pulau Pinang turut merekodkan penyelesaian kes Saman Penghutang Penghakiman yang berjumlah RM15,100.00, dimana RM1,000.00 dibayar di hadapan Hakim manakala bakinya akan dibayar melalui potongan gaji.

Semoga Ramadhan yang diturunkan Al-Quran membawa sinar keberkatan buat semua Penghutang Penghakiman dalam urusan tuntutan mereka

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023