SAMBUTAN AMBANG MERDEKA TAHUN 2021 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

30 Ogos 2021 | Warga JKSM malam ini telah berkesempatan bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Tahun 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex Meetings.

Sambutan secara norma baharu ini adalah julung kali diadakan susulan penularan pandemik COVID-19 dan ia sedikitpun tidak menghalang warga JKSM bagi menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 64 dengan tema Malaysia Prihatin.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Muhamad Yusro bin Borhan Nordin khusus kepada Allahyarham Dato’ Mukhyuddin Ibrahim (Mantan KP/KHS JKSM) dan bapa mertua YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (KP/KHS JKSM) yang telah kembali ke rahmahtullah baru- baru ini.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Mat Zin, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM manakala ucapan perasmian pula disampaikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. di mana beliau mengzahirkan ucapan terima kasih atas usaha penganjuran program pada malam ini serta memuji komitmen warja JKSM meskipun program dianjurkan di luar waktu kerja.

Tambah menarik, program turut diisi dengan Ceramah Khas Kemerdekaan yang membicarakan tajuk “Peranan dan Sumbangan Ulama’ dalam Pejuangan Kemerdekaan di Alam Melayu” oleh penceramah jemputan, Tuan Hasanuddin Yusof daripada Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Seterusnya program diserikan dengan persembahan multimedia, deklamasi Sajak Kemerdekaan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah BPKR, JKSM dan bacaan Ikrar yang dipimpin oleh Tuan Hj. Nassir bin Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM)

Sebelum program melabuhkan tirai, majlis turut mengumumkan senarai nama pemenang bagi Pertandingan Kemerdekaan anjuran Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan JKSM.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertukus lumus menjayakan program Ambang Merdeka 2021 JKSM dan semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Last Updated on Disember 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022