SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2022

31 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menyertai Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022 bertempat

di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Merdeka yang ke 65 tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan

Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-

Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah

Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan

Iskandar Al-Haj.

Pada tahun ini, Hari Kebangsaan disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka selepas dua tahun diraikan sederhana bagi mengurangkan perhimpunan ramai susulan COVID-19 dan kali terakhir ia diraikan di mercu tanda itu adalah pada 2017.

Dataran Merdeka menjadi lokasi bersejarah yang menyaksikan peristiwa penting penurunan bendera Union Jack dan pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.

Turut hadir YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri

Muhaini binti Zainal Abidin serta dif-dif kenamaan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Persembahan Khas, Acara Perbarisan & Perarakan dan persembahan penutup.

Last Updated on August 31, 2022

Kalendar JKSM

Week of May 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024