SEMINAR INTERNASIONAL PADA MILAD MAHKAMAH SYAR’IYAH ACEH KE-19

10 Ogos 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM hari ini telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel di dalam Seminar Internasional Pada Milad Mahkamah Syar’iyah Aceh ke-19.

Seminar yang bermula jam 10 ini diadakan bertujuan menyambut ulang tahun ke-19 penubuhan Mahkamah Syariah Aceh yang mula beroperasi pada 1 Muharram 1424H.

Terlebih dahulu, seminar dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Dra. Hj. Rosmawardani, SH.MH (Ketua Mahkamah Syar’iyah Aceh) sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Hakim Agung. Dr. H. Yasardin, SH., M.Hum.

Webinar yang dijalankan menerusi aplikasi Zoom Meetings telah dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada mahkamah-mahkamah syariah seluruh Indonesia dan sesi forum telah menampilkan 3 orang ahli panel yang dimoderatorkan oleh Prof. Dr. H. Syahrizal Abbas, MA.

YAA Dato’ Setia Dr. yang merupakan ahli panel ketiga telah membicarakan secara mendalam tajuk “Best Practise Mahkamah Syariah di Malaysia” dan antara intipati yang dikongsikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. adalah berkaitan sejarah pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia serta sejarah penubuhan JKSM yang bertujuan menyelaras dan menyeragam pentadbiran undang-undang syariah.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi tentang penubuhan majlis sulh di mahkamah syariah bagi membantu menyelesaikan lambakan kes serta penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga bagi membantu menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Turut dikongsi adalah inovasi-inovasi yang dibangunkan oleh JKSM/JKSN/MSN merangkumi sistem online dan pengoperasian mahkamah seperti Sistem Pengurusan Kes, e-bicara, e-faraid, i-Pos, Perceraian Fast Track, SIKET dan Mobile Court Kit.

Diharapkan agar segala curahan perkongsian idea dan pengalaman Malaysia akan dimanfaatkan dalam memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah di nusantara.

Last Updated on Disember 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023