SEMINAR PENULISAN ALASAN PENGHAKIMAN HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUMPULAN 1, 5 & 6

23 Ogos 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Seminar Penulisan Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kumpulan 1,5 & 6 secara fizikal bermula 22 Ogos 2022 sehingga 24 Ogos 2022, bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Seminar ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, iaitu YA Tuan Ahadin bin Arinen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kehadiran peserta bagi seminar ini ialah seramai 41 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia.

YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar telah menyampaikan amanat kepada semua peserta dan seterusnya merasmikan seminar pada kali ini. YAA Dato’ Setia Dr turut merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para penceramah berkongsi ilmu bersama para peserta dan mengucapkan tahniah atas usaha para penceramah membangunkan modul khusus bagi seminar ini.

YAA Dato’ Setia Dr. menegaskan agar semua para peserta yang terdiri daripada Hakim Syarie mempersiapkan diri dengan ilmu yang tinggi dan mantap bagi memastikan amanah kehakiman dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan penuh keadilan. Malah, Hakim Syarie juga hendaklah sensitif terhadap perkembangan semasa dan perubahan mentaliti masyarakat bersesuaian dengan pengaplikasian maqasid al-syariah.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut menekankan agar Hakim Syarie menjaga akhlak terpuji dan mengamalkan sikap empati kepada pihak-pihak dalam pengendalian kes di Mahkamah Syariah.

Para peserta turut dinasihati agar jangan sesekali bertindak menutup pintu bagi mendengar keterangan dan hujah kedua-dua pihak kerana cenderung kepada salah satu pihak yang lain berdasarkan keperibadian atau kelebihan yang dimiliki oleh salah satu pihak tersebut atau berdasarkan kekananan seseorang peguam.

Selanjutnya YAA Dato’ Setia Dr. menyeru para Hakim Syarie menghayati prinsip duluan mengikat serta memahami fungsi kewujudan hierarki mahkamah Syariah untuk diaplikasikan dalam sistem kehakiman Syariah di Malaysia.

YAA Dato’ Setia Dr. berharap agar seminar ini berjaya mencapai matlamatnya dan mendoakan semua Hakim Syarie lelaki dan wanita dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang seminar ini berlangsung dan diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah kehakiman dengan cemerlang.

Sebagai rekod, YAA Dato’ Setia Dr dan para peserta telah menyertai perlawanan persahabatan sepak takraw dan kayak pada sebelah petang dan Majlis Ramah Mesra pada sebelah malam bagi menyuburkan lagi semangat berpasukan dan kekeluargaan di antara YAA Dato’ Setia dengan para peserta.

Last Updated on August 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024