SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BAGI TAHUN 2021

3 DISEMBER 2020: YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah berkesempatan menyempurnakan penutupan Seminar Perancangan Strategik (SPS) Tahun 2021 bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia secara atas talian menggunakan aplikasi Skype for Business.

Seminar selama tiga hari yang diurusetiakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM) JKSM ini bertujuan membolehkan semua bahagian dan unit untuk membentangkan hasil pencapaian masing-masing dan pada masa yang sama dapat membentangkan perancangan aktiviti bagi tahun 2021.

Terlebih dahulu, majlis penutup dimulakan dengan sesi rumusan SPS JKSM yang disampaikan Pengarah BPKSM, Encik Mohd Amiruddin bin Hamzah yang telah membentangkan pencapaian SKT setiap bahagian tahun 2020 di mana pencapaian keseluruhan adalah 101%.

Seterusnya YAA Dato’ Dr. dalam ucapan penutupnya telah merakamkan penghargaan kepada semua peserta seminar atas komitmen yang diberikan dalam usaha menyusun strategi dan perancangan yang lebih rapi untuk menghadapi tahun 2021.

YAA Dato’ Dr. menekankan agar program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh setiap bahagian dan unit pada tahun 2021 perlu menjurus kepada objektif penubuhan JKSM iaitu menyelaras dan menyeragam sistem pentadbiran dan kehakiman syariah di Malaysia.

Selain itu, YAA Dato’ Dr. turut memaklumkan setiap SKT yang disediakan hendaklah dipantau bagi setiap satu bulan di peringkat Bahagian/Unit dan dwi-tahunan di peringkat Jabatan bagi menjamin SKT tersebut dilaksanakan mengikut jadual dengan menggunakan kaedah pengesanan atau Root Cause Analysis.

Akhir sekali, YAA Dato’ Dr. turut mengharapkan agar setiap bahagian dan Unit di JKSM dapat saling bekerjasama serta memupuk semangat kekitaan bagi memastikan pelaksanaan yang lebih bersepadu dan berkesan yang akhirnya dapat menterjemahkan fungsi serta peranan JKSM di Malaysia.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022