SESI LATIHAN PENGGUNA SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) MODUL PENGHANTAR NOTIS/BAILIF DAN KEWANGAN

22 September 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan meluangkan masa bertemu dengan para peserta Bengkel Latihan Pengguna Sistem E-Syariah Versi 3 bagi Modul Penghantar Notis/Bailif dan Kewangan.

Bengkel yang diadakan di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya ini melibatkan peserta dari 6 buah negeri iaitu Negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kehadiran para peserta dan berharap agar peserta dapat mempelajari tatacara penggunaan sistem ESV3 tersebut untuk diaplikasikan di negeri masing-masing.

Sesi latihan yang bermula 12 hingga 26 September 2022 ini bertujuan melatih para peserta tentang tatacara pengguna sistem E-Syariah versi 3 yang telah dibangunkan oleh pasukan projek ESV3.

Untuk rekod, Sistem ESV3 ini akan mula Go Live di Walayah Persekutuan dan Selangor pada 30 September 2022.

Manakala negeri-negeri lain akan mula menggunakan sistem tersebut mulai penghujung bulan oktober hingga november 2022 dan pemakluman rasmi tentang tarikh penggunaan sistem tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Last Updated on September 22, 2022

Kalendar JKSM

April 19, 2024

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor