SESI PENERANGAN SISTEM E-COURTS DI MAHKAMAH SIVIL

23 Mac 2022 | Satu sesi penerangan berkaitan pengaplikasian Sistem e-Courts yang digunapakai di mahkamah sivil oleh Syarikat Theta Teknologi Sdn Bhd telah diadakan bertempat di Hotel Sofitel, Kuala Lumpur.

Sesi yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Datuk Hj. Ahmad Marzuk bin Shaary bersama YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Bin Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini bertujuan mendapatkan gambaran jelas tentang penggunaan Sistem e-Courts yang dibangunkan oleh Syarikat Theta Teknologi.

Penerangan dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg Dato’ Syahril Bin Abdullah, timbalan presiden eksekutif bahagian projek-projek khas, syarikat theta teknologi berhubung penglibatan syarikat dalam integrasi sistem teknologi maklumat di Mahkamah Sivil seluruh Malaysia serta kemampuan syarikat dalam memberikan tambah baik pada sistem sedia ada di Malaysia ini.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr Mohd Na’im turut berpeluang berkongsi berkenaan dengan status kemajuan Projek e-Syariah Versi 3 yang bakal dilancarkan pada September tahun ini sebagai pemakluman kepad YB Timbalan Menteri serta wakil-wakil syarikat

Turut hadir bersama di dalam sesi hari ini adalah Tuan Haji Shaikh Harun Bin Mustafa, Timbalan Presiden Kanan Bahagian Projek-Projek Khas Syarikat Theta Teknologi, Tuan Abu Suffian Abu Yaziz, Pengarah BPKR JKSM, Tuan Mohd Razalan Bin Kamal, Pengarah BTMK JKSM serta Tuan Abdul Fattah Dato’ Kamarudin, Pegawai Khas KP/KHS JKSM.

Last Updated on Mac 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023(1 event) Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023(1 event) Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023(1 event) Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023(1 event) Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023(3 events) Mac 31, 2023(3 events) April 1, 2023 April 2, 2023