SESI PERBINCANGAN BERSAMA ARKIB NEGARA MALAYSIA BERKAITAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA.

8 April 2022 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada hari ini telah mengadakan Sesi Perbincangan Bersama Arkib Negara Malaysia berkaitan Inspektorat Pengurusan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz. Sepanjang perbincangan tersebut beberapa intipati yang disentuh ialah berkaitan dengan pelantikan Pegawai Rekod Jabatan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia/Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri (JKSM/JKSN/MSN), Jadual Pelupusan Rekod Fungsian, Peluasan penggunaan DDMS oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri dan penggunaan Sistem Inspektorat DIY.

Kerjasama antara Arkib Negara Malaysia dan JKSM telah lama terjalin sejak dari penubuhan JKSM. Arkib Negara Malaysia juga menyediakan latihan serta khidmat nasihat kepada Pegawai Rekod Jabatan JKSM/JKSN/MSN.

Delegasi Jabatan Arkib Negara turut berkesempatan mengadakan kunjung Hormat dan sesi fotografi bersama YAA Dato’Setia Dr Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan menyampaikan sedikit cenderamata kepada ahli mesyuarat. Rombongan daripada Jabatan Arkib Negara turut mengadakan lawatan ke Galeri Kehakiman JKSM dan memberikan pandangan bagi penambah baikkan susun atur galeri dan keperluan berdasarkan pengalaman yang mereka miliki.

Turut hadir sama pada sesi perbincangan tersebut ialah wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Ketua Seksyen Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Puan Norsuriaty Binti Awang Hassim, Ketua Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik, Puan Hapiza Binti Osman, Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan, Puan Kaszilawati Binti Kasman, serta Ketua Seksyen Audit Dan Inspektorat, Puan Nor`Atikah Binti Safri.

Last Updated on April 8, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024