SESI TAKLIMAT PELUPUSAN REKOD DIGITAL

3 Mac 2021: Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM dengan kerjasama JKSN Terengganu hari ini telah mengurusetiakan satu sesi taklimat dan perbincangan berkaitan pelupusan rekod digital bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.

Taklimat yang bermula jam 12 tengahari ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie JKSN Terengganu, YAA Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd.

Terdahulu, YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada JKSN Terengganu selaku tuan rumah dan Arkib Negara Malaysia atas kehadiran hari ini yang bertujuan bagi membincangkan Pengurusan Rekod Elektronik/digital dan juga Rekod secara fizikal khususnya di JKSN Terengganu.

Pertemuan pada hari mencatat sejarah tersendiri terutama berkaitan dengan pengurusan pelupusan rekod elektronik yang mana sebelum ini belum pernah dilaksanakan di peringkat JKSM, JKSN dan MSN dan JKSN Terengganu akan menjadi perintis kepada penyelarasan pelupusan rekod elektronik bagi Mahkamah Syariah di Seluruh Malaysia.

Hasil perbincangan telah bersetuju bahawa beberapa dokumen akan dikekalkan termasuklah Perintah Mahkamah, Alasan Penghakiman dan Catatan Hakim Bicara manakala dokumen lain yang dikategorikan sebagai lampiran akan dilupuskan.

Pihak Arkib Negara turut menzahirkan harapan agar tatacara pelupusan rekod digital ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain bagi memastikan kapasiti storan dapat menampung keperluan semasa bagi melancarkan tugasan seharian.

Antara yang turut hadir adalah Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Puan Gowri PS Thangaya (Ketua Seksyen, Pengurusan Rekod Elektronik, Arkib Negara Malaysia), Drs. Yusof bin Che Rose (Pengarah Arkib Negara Malaysia Terengganu) dan pegawai-pegawai kanan JKSM.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024