SESI UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3)

22 Ogos 2022 | Pasukan Projek ESV3 yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan BTMK, UTES BPKR dan Syarikat SAINS Sarawak hari ini telah menganjurkan sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) bagi Sistem E-Syariah Versi 3 bertempat di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Terdahulu, sesi ujian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetian & Rekod JKSM yang mengalu-alukan kehadiran para peserta di dalam sesi UAT kali ini yang dijadualkan selama 5 hari bermula hari ini sehingga 26 Ogos 2022.

Sesi UAT ini melibatkan 56 orang peserta yang terdiri daripada hakim syarie, pegawai sulh, pegawai BSK, pendaftar, penolong pendaftar, petugas kaunter, pegawai kewangan, pegawai ICT dan bailif dari JKSN/MSN.

Ia dilaksanakan bagi menguji modul-modul yang telah dibangunkan oleh pasukan projek ESV3 selain mengesahkan proses dan fungsi tersebut selari dengan keperluan pengguna dalam melaksanakan tugasan seharian.

Sebanyak 7 modul akan diuji iaitu melibatkan Modul Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (termasuk pendaftaran kes, sulh, sebutan, bicara, rayuan, dan bailif), Modul Pengurusan Dokumen, Modul Laporan Statistik, Modul Kewangan, Modul E-Nafkah, Modul Portal E-Syariah (termasuk e-Review, Pendaftaran Peguam Syarie dan e-Filing)dan Modul Keselamatan/Administration.

Sistem ESV3 ini dijadualkan Go Live di dua negeri iaitu Negeri Selangor dan Wilayah persekutuan pada penghujung bulan September 2022 dan negeri-negeri lain dijadualkan menggunakan sistem tersebut sepenuhnya mulai awal Januari 2023.

Last Updated on August 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024