SESI WAWANCARA BERSAMA WARTAWAN PENYIARAN JAKIM

20 Disember 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan meluangkan masa untuk sesi wawancara bersama wartawan penyiaran JAKIM, Puan Syuhada binti Hashim.

Temubual selama satu jam itu berkisar tentang isu had umur perkahwinan bagi perempuan Islam sebagaimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Parlimen baru-baru ini.

YAA Dato’ Setia Dr. menegaskan bahawa isu had umur ini merupakan isu nasional di mana pihak kerajaan sentiasa mengambil berat bagi memastikan kebajikan dan kehidupan anak ini terjamin pada masa akan datang.

JKSM turut memainkan peranan aktif khususnya dalam penyediaan SOP berkenaan Permohonan Perkahwinan Bawah Umur di Mahkamah-mahkamah Syariah di mana ianya menjadi rujukan dan panduan kepada hakim-hakim syarie ketika membuat penilaian dalam memberi kebenaran bagi permohonan perkahwinan bawah umur.

Melalui SOP tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh mahkamah antaranya latar belakang pasangan dan keluarga kedua-dua pihak, alasan permohonan, isu sukarela/paksaan/ugutan, kemampuan kewangan, status pendidikan, kesihatan jasmani, latar belakang seksual/reproduktif serta kefahaman kepada perkahwinan.

Selain itu, mahkamah juga boleh dapatkan laporan sosial dari JKM, laporan kesihatan dari KKM dan laporan jenyah dari PDRM jika perlu.

Semoga segala input dan pandangan yang diberikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. dapat membantu menjelaskan langkah-langkah yang telah di ambil isu had umur ini kepada masyarakat awam di luar sana.

Last Updated on February 13, 2022