SIDANG MEDIA YAA KP/KHS JKSM BERSAMA PENGAMAL MEDIA

25 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini berkesempatan untuk mengadakan sidang media Bersama pengamal media bertempat di Dewan Utama, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Sidang media khas hari ini khusus bagi memperjelaskan secara terperinci berkaitan isu tahanan pendapatan dan penghakiman perintah nafkah bersama perintah perceraian secara serentak susulan kenyataan YAB Perdana Menteri berkenaan isu tersebut di Parlimen pada 24 Mac 2022.

Antara Pengamal Media yang hadir pada Sidang Media kali ini adalah daripada Utusan Malaysia, Bernama TV, Berita Harian, Kosmo, RTM, TV3, New Straits Times Press dan TV JAKIM.

Pada sesi soal jawab Bersama media tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar telah menerangkan tentang usaha yang telah dibuat dan akan dilaksanakan oleh jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, selaku agensi penyelaras pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Diharap dengan usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak dan memberi keadilan bagi mereka yang terlibat dengan kes-kes di mahkamah Syariah.

Last Updated on March 25, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024