Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini

Pewujudan Mahkamah Utama Syariah itu mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. –fotoBERNAMA

Sejarah bakal tercipta hari ini dalam sistem perundangan syariah negara, apabila Mahkamah Utama Syariah Perak bersidang buat pertama kali, sejak pengumuman penubuhannya dalam Dewan Undangan Negeri Perak 5 Dis 2018.

Sidang pertama itu akan dibarisi panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Asa’ari Mohd Yazid, mantan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bagi mendengar permohonan kebenaran merayu melibatkan satu kes harta sepencarian.

Mohd Na’im yang juga Ketua Pengarah JKSM berkata, untuk rekod, Perak adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah, sekali gus mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di negeri itu.

“Sementara bagi negeri-negeri lain setakat ini hanya mempunyai tiga peringkat lapisan mahkamah, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah,” katanya ketika dihubungi Bernama, bagi menjelaskan mengenai penubuhan Mahkamah Utama Syariah itu.

Pewujudan Mahkamah Utama Syariah itu, selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mohd Na’im berkata, bagi kes yang bermula di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah seperti kes tuntutan harta sepencarian dan kes tuntutan hadanah (hak jagaan anak), hak merayu hanya sekali sahaja, iaitu di Mahkamah Rayuan Syariah, sedangkan kebanyakan kes itu adalah berat dan nilai tuntutannya lebih tinggi.

“Dengan wujudnya Mahkamah Utama Syariah iaitu satu lagi lapisan mahkamah selepas Mahkamah Rayuan Syariah, pihak-pihak yang bertikai memperolehi dua kali peluang merayu, dalam memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Mohd Na’im berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

“Namun ia bergantung kepada perkenan Sultan, Majlis Agama Negeri-Negeri & Kerajaan Negeri,” katanya.– BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in September 2022

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor