SIMPOSIUM KELUARGA MALAYSIA: PENCAPAIAN DAN HARAPAN

21 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Simposium Keluarga Malaysia : Pencapaian dan Harapan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Simposium ini adalah sempena meraikan ulangtahun pertama kepimpinan YB Perdana Menteri menerajui Kerajaan Keluarga Malaysia yang telah berjaya menempuh segala cabaran dengan jayanya.

Sepanjang tempoh ini Aspirasi dan Kepentingan Rakyat telah diutamakan dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat juga telah dipertahankan dalam era pemulihan ekonomi ini.

Dalam ucapan perasmian beliau, YB Perdana Menteri juga turut menegaskan bahawa kita semua adalah sebuah Keluarga Malaysia dan pencapaian ini adalah milik bersama.

Turut hadir Menteri-Menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan 10 Ahli Akademik terkemuka Tanahair.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM

Last Updated on August 21, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024