SIRI KEDUA WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG TAHUN 2022

9 Mac 2022 (RABU) – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini telah berjaya menganjurkan Siri Kedua Webinar Literasi Undang-Undang bagi tahun 2022 yang bertajuk “Pemberian Nafkah Anak Oleh Waris : Pelaksanaan Dan Kekangan Undang-Undang” secara live di Laman FB BSK JKSM.

Webinar tersebut telah disampaikan oleh Puan Dalila Hanisah Abu Bakar, Penolong Pengarah BSK Seksyen Negeri Pulau Pinang. Para penonton telah dijelaskan berkaitan dengan susunan waris yang bertanggungjawab dalam membayar nafkah anak.

Seterusnya, penceramah juga turut menyentuh isu berkaitan syarat-syarat yang membolehkan pindahan tanggungjawab membayar nafkah kepada waris sebelah bapa. Selain itu, penceramah telah berkongsikan aktiviti dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh BSK Seksyen Negeri Pulau Pinang dalam kes-kes Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perintah di Pulau Pinang.

Program Literasi Undang-Undang BSK JKSM pada hari ini merupakan siaran yang keempat yang telah diadakan oleh BSK JKSM di FB Live BSK JKSM.

Semoga siri-siri webinar ini akan terus memberikan informasi yang bermanfaat kepada masyarakat tentang fungsi dan peranan BSK yang telah banyak membantu bagi mendapatkan hak ibu/isteri berkaitan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah.

Last Updated on March 9, 2022

Kalendar JKSM

Week of May 28th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 23, 2022 May 24, 2022(1 event) May 25, 2022(1 event) May 26, 2022 May 27, 2022(1 event) May 28, 2022 May 29, 2022