SIRI KEDUA WEBINAR UNDANG-UNDANG SYARIAH ANJURAN “ASSOCIATION OF WOMEN LAWYERS (AWL)”

29 Ogos 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM pagi ini sekali lagi dijemput sebagai penceramah khas di dalam Siri Kedua Webinar Undang-Undang Syariah anjuran Association of Women Lawyers (AWL) menerusi aplikasi Zoom Meetings.

Webinar yang diadakan oleh AWL kali ini bertujuan membincangkan persoalan yang sering berlegar di kalangan masyarakat terutama berkaitan talak 3, cerai taklik, hak jagaan anak dan harta sepencarian.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menggunakan kesempatan di dalam webinar ini untuk menerangkan tentang objektif penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi membantu menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah seluruh Malaysia.

Penerangan YAA Dato’ Setia Dr. telah menarik minat para peserta khususnya dalam usaha JKSM dan mahkamah syariah melalui penubuhan BSK bagi memberi makna kepada setiap perintah mahkamah yang telah dikeluarkan selain berkongsi tentang peranan majlis sulh dalam usaha mengurangkan lambakan kes di mahkamah syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menyatakan hasrat beliau untuk melihat pengaplikasian “Collaborative Law” di mahkamah syariah bagi membantu hakim-hakim syarie membuat keputusan ketika mengendalikan sesuatu kes terutama kes-kes yang memerlukan pandangan atau keterangan pihak yang lebih pakai.

Sesi webinar ini dimoderatorkan oleh Puan Aisha Zanariah Abdullah serta Norliza Rasool Khan dengan kehadiran peserta seramai 67 orang dan antara peserta yang turut hadir adalah mantan Presiden BAR Council, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor dan YB Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan.

Program webinar seperti ini akan terus dilaksanakan bagi memberi kefahaman dengan lebih mendalam kepada barisan pengamal undang-undang sivil berkaitan sistem perundangan syariah dan gerak kerja yang dijalankan oleh JKSM dan mahkamah syariah seluruh Malaysia bagi memberi keadilan kepada pihak-pihak.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in August 2022

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah P. Pinang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor