SULH OUTREACH PROGRAMME TAHUN 2022

Putrajaya, 10 Ogos 2022| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wilayah (JPW) telah menganjurkan Outreach Sulh Programme (OR Sulh) dengan dirasmikan oleh YB (Senator) Datuk Haji Idris Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam ucapannya, YB Senator merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YAA Dato’Setia Dr. Hj. Mohd. Na’im b. Mokhtar, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM dan juga YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) atas penganjuran program tersebut.

Beliau juga berharap agar program ini bukanlah kerjasama kali pertama dan kali terakhir bagi kedua-dua agensi. In kerana JKSM dan JPW memainkan peranan yang amat penting dalam melindungi hak-hak dan kepentingan wanita serta anak-anak khususnya dari sudut perundangan dan sosial.

“Sinergi ini memberi manfaat yang cukup besar kepada masyarakat dan amat selari dengan tema Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Kebersamaan (common grounds) merupakan salah satu daripada tiga teras utama dalam gagasan Keluarga Malaysia tersebut,” jelas beliau.

YB Senator juga memaklumkan bahawa tema ‘Lelaki Qawwam’adalah amat bertepatan dengan konteks penyelesaian pertikaian dalam kekeluargaan Islam. Tambahan pula, inisiatif Lelaki Qawwam ini merupakan agenda beliau bagi memperkasakan kaum lelaki terutamanya para suami.

“Inisiatif ‘Lelaki Qawwam’ ini menekankan peri pentingnya lelaki diletakkan dan berada pada kedudukannya. Seorang lelaki qawwam hendaklah mempunyai sikap bersedia untuk menyelesaikan sebarang permasalahan dan konflik melalui perbincangan dan musyawarah ataupun sulh. Mereka sanggup mengetepikan ego, bertimbangrasa dan boleh bertolak ansur untuk kepentingan bersama ahli keluarga. Jauh sekali untuk mereka menggunakan kekasaran fizikal dan emosi terhadap pasangan atau bekas pasangannya,”jelas beliau.

Sikap lelaki qawwam ini akan memberi impak yang besar kepada persetujuan yang akan dicapai dalam sesuatu Majlis Sulh yang diadakan. Mana mungkin penyelesaian persetujuan dapat dicapai jika tiadanya sifat qawwam pada seseorang lelaki ketika sesi perundingan. Malah menurut statistik JKSM, bermula 2019 hingga Jun 2022 sebanyak 72% atau bersamaan 15,294 kes berjaya mencapai persetujuan bersama setelah melalui prosiding sulh. Ini membuktikan bahawa penyelesaian pertikaian melalui pendekatan Sulh membantu penyelesaian kes secara cepat dan efisien.

Untuk rekod, program ini diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal serta melalui Fb live JKSM dan Jabatan Pembangunan Wilayah. Pelbagai gerai pempamer disediakan sepanjang program tersebut berlangsung.

Last Updated on August 10, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah