SYARAHAN UNDANG-UNDANG DAN DIALOG BERSAMA DELEGASI DARI UNIVERSITI MONASH AUSTRALIA

Putrajaya, 1 Disember 2022- YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berbesar hati menyampaikan syarahan dan berdialog bersama delegasi daripada Universiti Monash, Australia yang terdiri daripada 25 orang penuntut dengan diketuai oleh Prof. Jean Allain.

Sidang interaksi ini dimulakan dengan ucapan aluan, kemudiannya diteruskan dengan sesi syarahan yang disampaikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Mohd. Naim Mokhtar.

Dalam sesi syarahan tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. menekankan bidangkuasa mahkamah syariah yang bersifat kenegerian dan melibatkan hal ehwal orang-orang Islam bagi kes yang dinyatakan menerusi Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, JKSM ditubuhkan pada tahun 1998 yang bertindak selaku institusi yang berperanan dalam memastikan undang-undang syariah diselaraskan di seluruh Malaysia. Ini kerana usaha penyelarasan dan penyeragaman amat penting bagi memartabatkan institusi kehakiman syariah dalam sistem kehakiman dan perundangan negara,”

Sesi interaksi dan dialog yang diadakan di Istana Kehakiman ini turut dihadiri oleh YAA Tuan Haji Mohd. Asri Haji Tahir, Ketua Hakim Syarii Wilayah Persekutuan, para pegawai JKSM dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) sepanjang sesi kunjungan tersebut.

Terdahulu sebelum syarahan dan dialog bermula, para delegasi diberikan taklimat ringkas dan seterusnya dibawa ke dewan Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya untuk meneliti prosiding kes mal serta jenayah.

Last Updated on December 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024