TAKLIMAT HIBAH SEMPENA MESYUARAT KHAS SEKSYEN RAYUAN BERSAMA HAKIM RAYUAN SYARIAH JKSM

11 Mac 2022 | Satu sesi taklimat khas berkaitan Hibah telah diadakan pada hari kedua Mesyuarat Khas Bersama Hakim Rayuan Syariah JKSM bertempat di Hotel Bahang Bay, Georgetown, Pulau Pinang.

Sesi yang bermula jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang turut mengalukan kehadiran penceramah iaitu Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., sesi taklimat pagi ini dimasukkan sebagai agenda bertujuan memberikan pendedahan kepada ahli mesyuarat berkaitan isu-isu baharu berkaitan hibah dan wasiat berdasarkan kajian dari pelbagai perspektif syarak dan undang-undang semasa.

Beliau mengharapkan agar sesi taklimat ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi membincangkan setiap permasalahan yang timbul berkaitan tuntutan hibah dan wasiat di Mahkamah Syariah.

Turut hadir di dalam sesi ini adalah Hakim-Hakim Rayuan Syarie JKSM, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Pendaftar JKSN/MSN dan Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan Syariah JKSM.

Untuk rekod, Prof. Madya Dr. Azman merupakan Pensyarah Kanan di Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM dan telah berkhidmat sejak tahun 2005.

Last Updated on Mac 11, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022