TAKLIMAT i-SYARIAH OLEH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SARAWAK SEMPENA LAWATAN KERJA JKSM BAGI PROJEK TRANSFORMASI e-SYARIAH

13 Januari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak telah memberikan taklimat berkaitan sistem i-Syariah kepada rombongan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sempena lawatan kerja pembangunan transformasi esyariah.

Sistem i-Syariah yang telah di bangunkan oleh Sarawak Information System (SAINS). Projek i-Syariah ini menjadi sumber rujukan dan model bagi pembangunan transformasi esyariah versi-3. I-Syariah merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Datu Hj. Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak. Seterusnya taklimat tersebut telah disampaikan oleh oleh Tuan Najarudin Bin Nedri dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak.

Turut hadir sama dalam sesi taklimat tersebut ialah YA Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka yang juga ketua SME, eSyariah, YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM,Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KPP Seksyen Rayuan dan KPP Seksyen Rekod dan warga JKS Sarawak dan BTMK JKSM.

Pada sebelah malam JKS Sarawak telah mengadakan jamuan makan malam kepada delegasi termasuk team SAINS Sarawak bertempat di hotel Hilton. YAA Datu Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak dalam ucapan berharap manfaat eSyariah V3 nanti akan dapat membantu JKSM menaiktaraf sistem di semua Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dalam mempertingkatkan perkhidmatan kepada orang awam.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024