TAKLIMAT PERKONGSIAN PENUBUHAN/PEMBINAAN PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

23 Februari 2021: Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj, Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkunjung ke Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) yang terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Kunjungan tersebut yang turut disertai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman bertujuan mendengar taklimat perkongsian Penubuhan/Pembinaan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) bagi tujuan cadangan pembinaan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Maziah binti Mohamad, Pengarah Kanan CREaTE yang berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi JKSM.

Seterusnya YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan balas telah menzahirkan segunung penghargaan atas kesudian CREaTE menerima kunjungan delegasi JKSM dan mengharapkan agar hubungan silaturrahim antara JKR dan JKSM akan terus kukuh pada masa hadapan.

YAA Dato’ Setia Dr. turut sempat berkongsi tentang kronologi cadangan pembinaan AKSM di Melaka yang telah mendapat persetujuan dan sokongan penuh daripada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Ketua Menteri Negeri Melaka.

Sesi diteruskan dengan taklimat penubuhan/pembinaan CREaTE dan sesi soal jawab bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 2, Blok A yang disampaikan oleh Encik Shamsul Ariff bin Abdul Ghani.

Untuk rekod, keluasan tanah CREaTE keseluruhannya berjumlah 110 ekar dan 40 ekar telah dibangunkan merangkumi fasiliti seperti bangunan pentadbiran, bilik kuliah, dewan, makmal penyelidikan, kuarters dan kemudahan sukan.

Pembinaan CREaTE bermula pada tahun 2013 dan telah siap sepenuhnya serta memulakan operasi pada tahun 2016 dan kapasiti bilik penginapan mampu menempatkan seramai 450 orang peserta dalam satu-satu masa.

Setelah sesi taklimat berakhir, delegasi JKSM telah di bawa melawat ke kawasan sekitar CREaTE bagi melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sana.

Semoga segala perkongsian oleh pihak CREaTE dapat membantu JKSM dalam usaha menubuhkan AKSM seterusnya penambahbaikan perkhidmatan kepada masyarakat di dalam menegakkan sistem perundangan Syariah di Melaka khususnya dan di Malaysia amnya.

Turut hadir Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM, Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian JKSM dan Pegawai Kanan Bahagian Latihan JKSM.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024