TEMUBUAL BAGI KAJIAN PENULISAN TESIS PENGAJIAN SISWAZAH

21 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan meluangkan masa bagi satu sesi temubual Kajian Penulisan Tesis Pengajian Siswazah bertempat di Pejabat Ketua Pengarah.

Temubual tersebut dijalankan oleh Puan Nurul Nadia binti Nozlan, pelajar Siswazah Mod Penyelidikan di bawah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang menjalakan kajian yang berkaitan pemerkasaan prosedur kes mal melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Mahkamah Syariah Malaysia.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengetahui amalan semasa mahkamah syariah di Malaysia dalam mengendalikan kes Mal melibatkan OKU seterusnya mengkaji isu dan cabaran yang timbul dalam mengendalikan kes mal melibatkan pihak-pihak kategori OKU.

Selain itu, dapatan kajian ini juga bakal mencadangkan pemerkasaan yang dapat dilakukan khususkan berkaitan prosedur melibatkan OKU di Malaysia.

Semoga segala input dan pandangan yang diberikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. dapat membantu dalam melengkapkan kajian ini dan diharapkan agar hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh warga kerja JKSM/JKSN/MSN dan pelbagai pihak lain di luar sana.

Last Updated on March 23, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024